TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

TAMAN MURAI JAYA, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN



TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

Monday 22 November 2010

Kelas Tambahan Membaca

Walaupun cuti persekolahan dah pun bermula, tetapi pelajar taski hari ini datang untuk kelas tambahan membaca. Kelas tambahan membaca ini telahpun dimulakan beberapa tahun lalu.

Pada tahun ini kelas tambahan membaca ini akan diadakan seperti berikut :
1. Isnin (22/11/10) hingga Khamis (25/11/10)
2. Isnin (29/11/10) hingga Khamis (4/12/10)

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tempat : Taski Solahuddin Al-Ayubi

Sunday 7 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Ahad 7hb November 2010 - Hari Anugerah Cemerlang Taski Solahuddin Al-Ayubi diadakan di Dewan Taman Murai Jaya. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar Taski dengan iringan musik gamelan.
Para pelajar kemudiannya menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. Selepas bacaan doa oleh Ustaz Sabri bin Marali, Imam Surau Taman Murai Jaya, Ucapan aluan oleh Pengerusi Taski Solahuddin Al-Ayubi, Encik Mohd Najib bin Hamsi dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Johari bin Ariffin, Pensyarah Institut Aminuddin Baki Kuala Lumpur.

Persembahan para pelajar dimulai oleh pelajar 4 & 5 tahun. Sebanyak tiga persembahan telah diadakan oleh mereka iaitu Nasyid nombor Arab, Bacaan surah-surah muqaddam dan bercerita.





Majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar 4 & 5 tahun bagi pencapaian dalam matapelajaran.

Persembahan bagi 6 tahun dimulai dengan Nasyid "Sepohon Kayu" dan Coral Speaking. Seterusnya diikuti dengan persembahan solo bercerita dalam Bahasa Melayu oleh Adik Nur Aliana Nabila, Bahasa Inggeris oleh Adik Nur Fatihah bt Ishak dan Bacaan Hafazan oleh Adik Muhammad Khairuddin bin Zainuddin.
Di majlis ini juga menyaksikan 2 orang pelajar telahpun di nobatkan sebagai Tokoh Pelajar 5 tahun iaitu Adik Nur Afrina Balqis bin Mohd Naim dan Tokoh Pelajar 6 tahun iaitu Norazlina bt Mohd Ridzuan bagi tahun 2010 ini.

Akhir sekali pihak pengurusan taski Solahuddin Al-Ayubi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Johari bin Ariffin kerana sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pelajar. Juga ribuan terima kasih kepada semua ibubapa diatas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan.

Kepada semua pelajar 6 tahun yang akan melangkah ke tahun 1 pada tahun 2011 nanti diucapkan "Selamat Berjaya".






Tuesday 7 September 2010

Majlis Berbuka Puasa

Pada 4hb September 2010, dengan kerjasama Surau Murai Jaya, satu Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian "Duit Raya" kepada pelajar dan guru-guru taski telah diadakan.













Sebelum itu, semua pelajar taski telah membuat persembahan di mana mereka telah membaca surah-surah dari Muqaddam dan dua buah nasyid.















Kemudian semua pelajar taski diberikan "Duit Raya" bagi memberi semangat dan keyakinan supaya berpuasa di bulan Ramadhan ini.


Tidak dilupakan juga kepada pemberi sumbangan berupa sarapan pagi kepada pelajar taski pada setiap minggu.















Jamuan berbuka puasa ini telahpun dihadiri oleh semua pelajar,guru  dan ibubapa Taski Solahuddin Al-Ayubi dan juga para guru dari taski seluruh Seberang Perai Selatan.


Semoga dengan majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Islam.

Saturday 7 August 2010

Hari Rehlah Taski

Dengan kerjasama Taski Seberang Perai Selatan, suatu hari rehlah telahpun diadakan pada hari Ahad 8 Ogos 2010 ini. Ini adalah acara tahunan bagi Taski Seberang Perai Selatan. Destinasi pada tahun ini adalah Taiping, Perak. Rehlah ini diberi keutamaan kepada pelajar 6 tahun.

Pelajar di minta berkumpul di Taski Solahuddin Al-Ayubi pada pukul 7.45 pagi hari Ahad. Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.

Harap maklum.



 


Monday 24 May 2010

Hari Guru 2010 dan Perasmian Sudut Mainan Taski

Pada 23hb Mei 2010 Taski Solahuddin Al-Ayubi telahpun mengadakan Hari Guru. Disamping itu juga perasmian Sudut Mainan Taski yang telah diwujudkan atas sumbangan YB Law Choo Kiang Adun Bukit Tambun yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini dimulai dengan peraduan mewarna bagi semua pelajar taski.
















Bagi memeriahkan lagi peraduan mewarna ini, para waris diberi kebenaran untuk membantu dalam memberi arahan kepada pelajar.
















Turut hadir pada majlis ini ialah Penghulu Mukim Simpang Ampat, En Hafizi bin Hj Mohammad, Timbalan Ketua Balai Polis Bukit Tambun, Sarjan Mejar Othman bin Hj Mat.














Persembahan dari pelajar taski. Nasyid yang bertajuk "Kebesaran Allah" dan sajak yang bertajuk "Guruku".




YB Law Choo Kiang juga turut menyampaikan hadiah bagi pemenang mewarna dan juga saguhati kepada guru.




Majlis kemuncak ialah perasmian sudut mainan taski oleh YB Law Choo Kiang. Dan akhir sekali jamuan tengahari disediakan untuk semua para tetamu.


Akhir sekali pihak pengurusan Taski Solahuddin Al-Ayubi merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Law Choo Kiang diatas sumbangan dan kehadiran beliau bagi merasmikan sudut mainan taski pada hari ini. Tak dilupakan juga kepada Penghulu Hafizi bin Hj Mohammad dan Sarjen Mejar Othman bin Hj Mat yang telah membantu dalam segala kegiatan taski seterusnya kepada semua para ibubapa yang sentiasa memberi sokongan yang baik dalam memajukan taski ini. 

YB Law Choo Kiang juga telah mengumumkan untuk memberi sedikit sumbangan kewangan pada setiap bulan kepada taski bagi membantu memajukan taski ini. Terima kasih YB.